Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

UKM FOLIO

 Assalamualaikum dan salam sejahtera :D Topik harini adalah tentang UKM Folio, which most of you might have already heard of it. Basically UKM Folio adalah satu platform di mana pensyarah akan upload materials seperti nota, perincian assignment, etc. dan pelajar boleh submit assignment. Bukan itu sahaja, kalau ada sebarang announcement pasal kelas; kelas cancel/ditunda, pensyarah akan beritahu dekat sini juga. So memang korang kena alert lah dan selalu check website ni sebab website simple je, so make sure untuk explore dulu to familiarize yourself with it. Tapi, mesti korang rasa leceh kan nak kena selalu check website ni ennnn~ Jangan risau! Korang boleh download apps nama "moodle". Once dah install, korang kena letak link website ukm folio dekat dalam apps tu, dan korang kena sign in macam biasa guna no. matrik dan password sendiri andddd VOILA! UKM Folio is now easily accessed through the app in your phone 😎

Panduan Pendaftaran Kursus Program Sukan dan Rekreasi

 Di sini saya akan sertakan link pdf panduan pendaftaran kursus program sukres mengikut tahun pengajian. Buat masa ni saya letak tahun 1 je dulu, nanti saya akan update tahun berikutnya. Boleh download dan simpan untuk kegunaan masa hadapan. Jangan lupa untuk share blog ni dengan rakan-rakan yang lain juga ya! Terima kasih :) Panduan Pendaftaran Kursus Program SUKRES Tahun 1

Kod Kursus dan Jam Kredit

 Assalamualaikum and hello~~ Kalau ada baca post sebelum ni tentang kursus citra, mesti korang ada nampak istilah 'jam kredit' kan? Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu apa tu jam kredit. Saya nak explain pun macam tak pasti sangat tapi lebih tinggi jam kredit untuk satu kursus, lebih susah la kursus tu dan akan lebih banyak mempengaruhi pointer kita nanti. So basically, kalau nak tahu jam kredit sesuatu kursus, kena tengok kod kursus. Contoh; GGGA1133 Profesionalisme Keguruan dan Pembangunan Insan Sekarang saya nak korang perhatikan 3 nombor iaitu nombor pertama; ia menunjukkan tahun pengajian. Nombor kedua menunjukkan semester. Nombor keempat (terakhir) menunjukkan jam kredit kursus tersebut. Jadi kiranya kursus GGGA11133 ni korang kena daftar waktu tahun 1, semester 1. Kursus ini mempunyai 3 jam kredit. Contoh kursus kedua: GGGF1243 Fisiologi Senam Nombor pertama: 1, so kena daftar waktu tahun 1 Nombor kedua: 2, so kena daftar waktu sem 2 Nombor keemp...

MMM 2020/2021 secara online?

Hi semuaaa! Mesti korang semua excited nak masuk uni kan? Tapi alamakkk pendaftaran pelajar baharu secara fizikal telah ditangguhkan la pulak :') But issokay, kita terpaksa akur je la kang nanti kes makin tinggi, susah la. Kasihanilah para frontliner :/ Sooo basically harini saya nak sentuh sedikit pasal MMM yang dijalankan secara online. Pihak UKM telah mengeluarkan satu pekeliling pada 2 Oktober 2020 dan salah satu perkara yang ditulis adalah tentang penangguhan pendaftaran pelajar baharu dan lama. Saya tahu ramai yang kecewa tapi ini untuk keselamatan anda juga. Sebelum pekeliling dikeluarkan, pihak HEP UKM dan PC MMM telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tentang perlaksanaan MMM setelah kenyataan media dikeluarkan oleh KPT. Walaupun pendaftaran pelajar baharu ditangguhkan, pihak UKM sedar bahawa terdapat pelajar dari negeri jauh sudah bergerak dan berada dalam kawasan sekitar UKM. Oleh itu, kami masih menerima pelajar-pelajar ini. Bagi pelajar yang tinggal berdekatan d...

Kursus CITRA

 Assalamualaikum and hi semua! Pada awalnya, saya taknak tulis berkaitan kursus citra sebab berlaku perubahan struktur kursus citra tapi memandangkan tidak banyak perubahan berlaku, saya teruskan je la dengan niat saya. Lagipun saya dapati bahawa untuk aktiviti MMM FPend, tiada slot taklimat kursus citra ni. Jadi di sini saya sebagai seorang senior rasa bertanggungjawab untuk tolong apa yang saya mampu sebab kitorang dulu pun susah nak faham pasal citra ni.   Bismillahirramanirrahim...  Seperti yang semua sudah tahu, kita ada 6 domain citra, iaitu: C1: Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan C2: Bahasa, Komunikasi dan Literasi C3: Penaakulan Kuantitatif & Kualitatif C4: Kepimpinan, Keusahawanan dan Inovasi C5: Sains, Teknologi & Kelestarian C6: Kekeluargaan, Kesihatan & Gaya Hidup Bagi pelajar Fakulti Pendidikan, kita perlu mengambil 40 jam kredit bagi kursus citra sebelum kita graduate, di mana; 1. Kursus Citra Wajib, CW (10 jam kredit) - kursus ini diw...