Skip to main content

Kursus CITRA

 Assalamualaikum and hi semua!


Pada awalnya, saya taknak tulis berkaitan kursus citra sebab berlaku perubahan struktur kursus citra tapi memandangkan tidak banyak perubahan berlaku, saya teruskan je la dengan niat saya. Lagipun saya dapati bahawa untuk aktiviti MMM FPend, tiada slot taklimat kursus citra ni. Jadi di sini saya sebagai seorang senior rasa bertanggungjawab untuk tolong apa yang saya mampu sebab kitorang dulu pun susah nak faham pasal citra ni.  

Bismillahirramanirrahim... 

Seperti yang semua sudah tahu, kita ada 6 domain citra, iaitu:

C1: Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan

C2: Bahasa, Komunikasi dan Literasi

C3: Penaakulan Kuantitatif & Kualitatif

C4: Kepimpinan, Keusahawanan dan Inovasi

C5: Sains, Teknologi & Kelestarian

C6: Kekeluargaan, Kesihatan & Gaya Hidup

Bagi pelajar Fakulti Pendidikan, kita perlu mengambil 40 jam kredit bagi kursus citra sebelum kita graduate, di mana;

1. Kursus Citra Wajib, CW (10 jam kredit) - kursus ini diwajibkan untuk SEMUA PELAJAR UKM, tak kisah la fakulti apa pun. Berikut adalah senarai kursus CW:

- LMCW1022 Asas Keusahawanan

- LMCW2022 Pengurusan dan Analitik Data

- LMCW2143 Falsafah dan Isu Semasa

- LMCW2153 Penghayatan Etika dan Peradaban


2. Kursus Citra Universiti (16 jam kredit)

Macam yang korang dah nampak dekat atas, setiap domain akan ada minimum jam kredit untuk kita ambil. Jadual ni saya buat supaya korang boleh print dan isi. Contoh macam kalau untuk tahun 1 sem 1, korang daftar C1 dan C3. So korang isi la berapa jam kredit yang korang dah ambil dkt ruang kosong tu. C lain yang tak diambil, korang tulis la '-'. Yang pasti, dalam masa 4 tahun pengajian, korang kena habiskan kuota jam kredit untuk setiap C1-C6.
Kalau nak download borang ni, boleh klik Jadual Citra Universiti

3. Citra Bebas (14 jam kredit)
Once dah settle semua citra universiti, korang dah bebas nak daftar citra dari mana2 domain yang korang nak. Biasanya pelajar sukan memang akan ambil C6 la sebab banyak citra sukan yang senang nak score. 

Mesti korang confuse kenapa perlu ada citra universiti ni kan? UKM ni memang special la sebab dengan adanya kursus citra ni, pelajar ada kebebasan untuk belajar apa yang kita nak, sebab ada kursus citra bahasa korea, dikir barat, tarian kontemporari, silat dll. Dan citra ni ada 6 kategori. Cuba korang fikirkan kalau pihak UKM tak letakkan kuota untuk setiap citra, mesti pelajar akan daftar satu jenis citra je kan? Contoh macam pelajar sukres. C6 ni mostly banyak citra sukan. Mestila kita pelajar sukres nak pilih citra sukan je kan sebab senang? So macam takda variations dalam benda yang kita belajar. Sebab tu la kena belajar secara menyeluruh iaitu kena ambil juga kursus dari C1-C6.
Untuk daftar kursus citra, saya sarankan korang pilih citra yang ditawarkan oleh fakulti SELAIN Fakulti Pendidikan. Kenapa? Ah nanti je lah saya bagitahu. Kang korang pening sangat pula sebab banyak info uhukss. Untuk pengetahuan korang, citra yang ditawarkan setiap semester berbeza-beza. Maknanya kami yang senior ni pun kadang tak tahu citra apa yang ada sem ni. Korang hanya boleh tahu citra yang ditawarkan dekat smpweb ukm semasa pendaftaran kursus dibuka iaitu pada 12 Oktober 2020. Ataupun kalau rajin, boleh tgok website Pusat Citra UKM. Rajinkanlah diri untuk membaca sikit hehe. In shaa Allah semua benda pasal citra saya dah cover dalam post ni. Kalau tak faham juga, boleh tanya pc dalam group telegram. 
P/s: JANGAN TANYA KURSUS CITRA APA YANG KORANG NAK DAFTAR. Kenapa? Sebab korang yang nak belajar, so pilih la citra yang menarik hati anda. Sekian, itu sahaja daripada saya. Terima kasihh and all the best dalam daftar kursus ni <3 Ohh and btw, ramai confuse nak daftar kursus apa kan? Untuk post seterusnya, saya akan bagi link pdf senarai kursus yang korang perlu daftar. Stay tuned! 


Comments

  1. Nak tanya untuk sem seterusnya kena daftar citra cara yang sama jugak ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'To-do List' untuk Mohon Program Pendidikan Sukan dan Rekreasi di UKM (UPU)

Assalamualaikum gais :D Harini baru sempat nak tulis blog hehe sebab holiday pergi berjalan sana-sini, jadi tak sempat nak update blog awal2. Okay, sebelum korang nak mohon kursus pendidikan sukan dan rekreasi di UKM, korang kena tahu terlebih dahulu apa syarat kemasukan dekat UKM ni. Syarat Am Universiti: Lulus SPM - Bahasa Melayu dapat kepujian (B) dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah Malaysian University Test (MUET) sekurang-kurangnya  dapat Band 1 Calon Lepasan STPM: Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan sekurang-kurangnya dapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan dalam dua (2) mata pelajaran lain. Calon Lepasan Matrikulasi KPM / Asasi: Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 Calon Lepasan Diploma / Setaraf: Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti. Syarat Khas Program Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Suk...

UKM FOLIO

 Assalamualaikum dan salam sejahtera :D Topik harini adalah tentang UKM Folio, which most of you might have already heard of it. Basically UKM Folio adalah satu platform di mana pensyarah akan upload materials seperti nota, perincian assignment, etc. dan pelajar boleh submit assignment. Bukan itu sahaja, kalau ada sebarang announcement pasal kelas; kelas cancel/ditunda, pensyarah akan beritahu dekat sini juga. So memang korang kena alert lah dan selalu check website ni sebab website simple je, so make sure untuk explore dulu to familiarize yourself with it. Tapi, mesti korang rasa leceh kan nak kena selalu check website ni ennnn~ Jangan risau! Korang boleh download apps nama "moodle". Once dah install, korang kena letak link website ukm folio dekat dalam apps tu, dan korang kena sign in macam biasa guna no. matrik dan password sendiri andddd VOILA! UKM Folio is now easily accessed through the app in your phone 😎