Hi semuaaa!
Mesti korang semua excited nak masuk uni kan? Tapi alamakkk pendaftaran pelajar baharu secara fizikal telah ditangguhkan la pulak :') But issokay, kita terpaksa akur je la kang nanti kes makin tinggi, susah la. Kasihanilah para frontliner :/
Sooo basically harini saya nak sentuh sedikit pasal MMM yang dijalankan secara online. Pihak UKM telah mengeluarkan satu pekeliling pada 2 Oktober 2020 dan salah satu perkara yang ditulis adalah tentang penangguhan pendaftaran pelajar baharu dan lama. Saya tahu ramai yang kecewa tapi ini untuk keselamatan anda juga. Sebelum pekeliling dikeluarkan, pihak HEP UKM dan PC MMM telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tentang perlaksanaan MMM setelah kenyataan media dikeluarkan oleh KPT.
Walaupun pendaftaran pelajar baharu ditangguhkan, pihak UKM sedar bahawa terdapat pelajar dari negeri jauh sudah bergerak dan berada dalam kawasan sekitar UKM. Oleh itu, kami masih menerima pelajar-pelajar ini. Bagi pelajar yang tinggal berdekatan dengan UKM, kami sarankan untuk tidak mendaftar di kolej. Kenapa? Sebab once korang dah daftar, korang tak boleh keluar kolej/UKM sampai MMM habis (7 Oktober). Lepas dah daftar pun, korang kena duduk dalam bilik ja. Semua aktiviti kolej dan fakulti dijalankan secara online, so memang hadap phone @ laptop 24/7 je lah. Makanan pun pc kolej akan hantar ke bilik masing-masing. Memang ibarat macam duduk dalam penjara la haha :')
Bagi pelajar lama pula (tahun 2 - 4), korang perlu ada surat kebenaran daripada dekan kalau nak balik UKM. Untuk dapatkan surat kebenaran ni, kena minta wakil setiap batch untuk contact ketua program masing2.
Honestly saya pun tak tahu sangat nak tulis apa pasal MMM ni.... disebabkan semua online, korang kena alert je lah dalam group telegram pasal apa2 link dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak kolej dan fakulti. Ohhh lupa pula. Saya ada beberapa perkara nak shareee pasal intake ni so nahhh;
1. Hampir semua pelajar FPend dapat Kolej Aminuddin Baki (KAB) >.<
- sebelum ni budak sukres je dapat KAB tapi tahun ni ada kelainan sikit
- selain KAB, ada je pelajar FPend dapat Kolej Ungku Omar (KUO). Untuk kolej lain tak sure pulak
2. Bagi intake 2020/2021, KAB akan menempatkan pelajar dari FEP dan FPEND ja. Kalau sebelum ni dkt KAB ada FST, FUU dll tapi sekarang dah takda.
Comments
Post a Comment