Assalamualaikum and hello~~
Kalau ada baca post sebelum ni tentang kursus citra, mesti korang ada nampak istilah 'jam kredit' kan? Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin ada yang belum tahu apa tu jam kredit. Saya nak explain pun macam tak pasti sangat tapi lebih tinggi jam kredit untuk satu kursus, lebih susah la kursus tu dan akan lebih banyak mempengaruhi pointer kita nanti.
So basically, kalau nak tahu jam kredit sesuatu kursus, kena tengok kod kursus. Contoh;
GGGA1133 Profesionalisme Keguruan dan Pembangunan Insan
Sekarang saya nak korang perhatikan 3 nombor iaitu nombor pertama; ia menunjukkan tahun pengajian. Nombor kedua menunjukkan semester. Nombor keempat (terakhir) menunjukkan jam kredit kursus tersebut. Jadi kiranya kursus GGGA11133 ni korang kena daftar waktu tahun 1, semester 1. Kursus ini mempunyai 3 jam kredit.
Contoh kursus kedua: GGGF1243 Fisiologi Senam
Nombor pertama: 1, so kena daftar waktu tahun 1
Nombor kedua: 2, so kena daftar waktu sem 2
Nombor keempat: 3, so kursus ni ada 3 jam kredit.
Terdapat kursus yang mempunyai 2 jam kredit dan juga 1 jam kredit. Jadi lepas ni pentinglah untuk korang faham pasal kod kursus ni. Ah, lupa saya nak bagitahu. Maksud nombor2 dalam kod kursus ni hanyalah valid untuk kursus wajib fakulti dan wajib program. Untuk kursus citra, korang abaikan je nombor2 ni KECUALI nombor terakhir iaitu bilangan jam kredit.
Sekian, itu sahaja sharing pasal kod kursus & harap ia membantu korang serba sedikit. Terima kasih :>
Comments
Post a Comment