Skip to main content

'To-do List' untuk Mohon Program Pendidikan Sukan dan Rekreasi di UKM (UPU)

Assalamualaikum gais :D

Harini baru sempat nak tulis blog hehe sebab holiday pergi berjalan sana-sini, jadi tak sempat nak update blog awal2. Okay, sebelum korang nak mohon kursus pendidikan sukan dan rekreasi di UKM, korang kena tahu terlebih dahulu apa syarat kemasukan dekat UKM ni.

Syarat Am Universiti:

  • Lulus SPM - Bahasa Melayu dapat kepujian (B) dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah
  • Malaysian University Test (MUET) sekurang-kurangnya  dapat Band 1
  • Calon Lepasan STPM: Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan sekurang-kurangnya dapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan dalam dua (2) mata pelajaran lain.
  • Calon Lepasan Matrikulasi KPM / Asasi: Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00
  • Calon Lepasan Diploma / Setaraf: Memiliki kelulusan diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

Syarat Khas Program Sarjanamuda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi):

Calon Lepasan STPM / Matrikulasi KPM / Asasi

1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
  • Chemistry / Engineering Chemistry
  • Biology
  • Physics / Engineering Physics
  • Mathematics / Mathematics  / Mathematics T
  • Ekonomi
  • Pengajian Perniagaan / Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Information and Communications Technology / Computer Science
  • Usuluddin
  • Syariah
  • Bahasa Melayu / Tamil / Cina / Arab
  • Sejarah
  • Geografi
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif
  • Literature in English
  • Seni Visual 
  • Sains Sukan
2. Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
  • Biology / Science / Additional Science
  • Mathematics / Additional Mathematics
3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan
4. Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya Band 2
5. Melepasi tahap minimum ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI), lulus ujian dan diperaku dalam temu duga.

Apa yang ditulis dekat atas tu adalah secara umum. Kalau korang nak lebih detail, sila klik pada link ini; Syarat Kemasukan Program Sarjanamuda Pertama di UKM  - boleh rujuk pada m/s 1 untuk syarat am universiti dan syarat khas program pada m/s 41 - 42.

Kalau korang dah lepas semua syarat, korang kena tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

1. Isi permohonan UPU Fasa Satu (1). 
          Benda ni penting!!! Permohonan UPU mempunyai dua (2) fasa; Fasa Satu (1) dan Fasa Dua (2). Fasa 1 ni untuk permohonan kursus yang bertemu duga, contohnya macam kursus sukan dan rekreasi lah. Kalau korang terlepas permohonan ni, say bye-bye to any courses that requires interview ahaha (sorry, bukan sis kejam tapi sis dah pernah terlepas HAHAHAHA).
        
          Untuk kursus interview, biasanya UPU akan pilih Pilihan 1 dan/atau Pilihan 2 saja. So make sure korang pilih universiti yang korang paling minat ikut turutan.

2. Ujian MEdSI
          Sekiranya korang layak untuk kursus pendidikan, korang akan dipanggil untuk menjawab ujian MEdSI. Ujian ni hanya untuk kursus pendidikan saja. Kalau korang minta kursus sains sukan dkt UiTM, tak perlu jawab ujian MEdSI pun. Disebabkan UKM ni kursus pendidikan, so kenalah jawab. Jangan risau, ujian ni tak susah sebab tiada soalan betul atau salah. Ujian ni bertujuan nak tengok samada korang ni ada jiwa pendidik ataupun tidak. Kalau lepas markah minimum, in shaa Allah korang akan dipanggil ke temuduga.
       
          Sedikit tips untuk 'score' ujian MEdSI yang saya dapat daripada satu blog ni, nanti akan ada satu bahagian soalan yang dia bagi pernyataan (statement) dan korang kena jawab samada 'Sangat Setuju / Setuju / Kurang Setuju / Tidak Setuju'. (Saya tak ingat sangat the exact words yang digunakan tapi lebih kurang lah). Untuk soalan macam ni, korang kena jawab samada 'SANGAT SETUJU' ATAU 'SANGAT TIDAK SETUJU'. Kenapa? Sebab, bayangkan korang jadi cikgu.. Korang tak boleh berbelah bahagi, korang kena ada pendirian yang tetap dan yakin akan pilihan korang. I know this sounds ridiculous but... just try it. It worked for me lol. Korang boleh cuba google contoh soalan ujian MEdSI.
3. Ujian Temu Duga
          Untuk ujian MEdSI, korang takkan tahu samada korang lulus ataupun tidak. Cuma, kalau korang lulus, korang memang akan dipanggil temu duga oleh universiti. Tiada website untuk korang check samada lulus ujian ke tidak. Kalau tak dipanggil temuduga, malangnya korang tak capai markah minimum ujian MEdSI. Tapi jangan risau, ada banyak lagi kursus di luar sana ok :D
        
          Temu duga di UKM ni ada 2 jenis ujian; (1) Ujian Kecergasan dan (2) Ujian Lisan. Ada 2 slot, slot pagi dan slot petang. Biasanya ujian temuduga ni berlangsung selama 3 hari. Ikutlah korang terpilih untuk hari yang ke berapa. Awal2 korang kena pakai baju sukan, sebab kena buat ujian kecergasan dahulu. Biasanya temuduga setiap batch lain tau. Berikut adalah ujian kecergasan batch kami:
  • Standing Long Jump
  • Push Up
  • Sit Up
  • Quadrant Jump
  • Grip Test
  • Naik Turun Bangku
Jangan risau sangat pasal ujian kecergasan ni, tak susah sangat pun. Yang pasti, korang kenalah juga buat persediaan. Lepas habis ujian kecergasan, korang kena tukar ke pakaian formal untuk ujian lisan.
        
          Biasanya dalam satu bilik akan ada 3 interviewer yang terdiri daripada lecturer Fakulti Pendidikan, dan korang akan ditemuduga dalam kumpulan - iaitu 3 orang satu kumpulan. Kalau korang dipanggil masuk, JANGAN DUDUK SEBELUM INTERVIEWER BAGI DUDUK!!!! PLEASE TUNGGU DORANG BAGI KEBENARAN UNTUK DUDUK, BARU DUDUK TAU! THIS IS CALLED ETHICS. OKAY?????
         
          Kalau dah dipersilakan duduk, interviewer akan tanya sorang-2, kena cerita serba sedikit pasal latarbelakang hidup, terutamanya dalam bidang sukan. Kalau korang minat sukan tapi takda record sukan yang hebat, korang kena yakinkan lecturer yang korang layak untuk kursus ni dan korang akan buat yang terbaik. Make sure guna bahasa formal okay? Kalau yang orang Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak tu, pleaseeee try to avoid using your slang atau pelat. Be professional, you're talking to someone with high position, not your friend :')
        
          Walaupun UKM ni banyak menggunakan Bahasa Melayu, korang masih kena speaking. Jangan gelabah, soalan yang ditanya tu senang je. Interviewer nak tengok cara korang cakap je. Yang penting confident. Cakap je apa yang korang boleh cakap.
        
          TIPS: Haritu saya pernah ditanya 'How is science and sports related?' (Apa kaitan sains dengan sukan? Apa itu sains sukan?) Jawapannya; Sports explains the 'How? (macam mana?)', which means how the actions should be carried out whilst science explains the 'Why? (kenapa kena buat macam tu?)', meaning the reasons behind actions done.
        
          Korang boleh juga bagi contoh situasi macam nak sepak bola; kalau nak sepak leret, kaki kena sepak dekat tengah bola dan kalau nak sepak lambung, kaki kena sepak dekat bawah bola. Kedudukan kaki yang berbeza is the action, kenapa berbeza kedudukan? Science explains that different positions of the feet with different pressure will vary the results (how the ball is launched afterwards).

Rasanya, setakat ini sajalah entry tentang nak apply ke program pendidikan sukan dan rekreasi di UKM. Harap bermanfaat bagi semua, in shaa Allah. Saya doakan agar semua dipermudahkan segala urusan dalam membuat permohonan UPU dan dimurahkan rezeki. Kalau ada apa-apa pertanyaan, feel free to drop a comment! Saya akan cuba jawab secepat mungkin hehe.

Sekian, terima kasih.
         

Comments

  1. Berdebarnya esok saya interview via Zoom Meeting sis 😭😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh no, sorry for not noticing this comment earlier! So, how did it go? Mungkin lepas ni boleh share pula pengalaman interview melalui Zoom Meeting ;)

      Delete
  2. Haii nak tanya kota untuk kos sukres ni berapa eh. Nak agak je lepas ke tak hshs

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kursus CITRA

 Assalamualaikum and hi semua! Pada awalnya, saya taknak tulis berkaitan kursus citra sebab berlaku perubahan struktur kursus citra tapi memandangkan tidak banyak perubahan berlaku, saya teruskan je la dengan niat saya. Lagipun saya dapati bahawa untuk aktiviti MMM FPend, tiada slot taklimat kursus citra ni. Jadi di sini saya sebagai seorang senior rasa bertanggungjawab untuk tolong apa yang saya mampu sebab kitorang dulu pun susah nak faham pasal citra ni.   Bismillahirramanirrahim...  Seperti yang semua sudah tahu, kita ada 6 domain citra, iaitu: C1: Etika, Kewarganegaraan & Ketamadunan C2: Bahasa, Komunikasi dan Literasi C3: Penaakulan Kuantitatif & Kualitatif C4: Kepimpinan, Keusahawanan dan Inovasi C5: Sains, Teknologi & Kelestarian C6: Kekeluargaan, Kesihatan & Gaya Hidup Bagi pelajar Fakulti Pendidikan, kita perlu mengambil 40 jam kredit bagi kursus citra sebelum kita graduate, di mana; 1. Kursus Citra Wajib, CW (10 jam kredit) - kursus ini diw...

UKM FOLIO

 Assalamualaikum dan salam sejahtera :D Topik harini adalah tentang UKM Folio, which most of you might have already heard of it. Basically UKM Folio adalah satu platform di mana pensyarah akan upload materials seperti nota, perincian assignment, etc. dan pelajar boleh submit assignment. Bukan itu sahaja, kalau ada sebarang announcement pasal kelas; kelas cancel/ditunda, pensyarah akan beritahu dekat sini juga. So memang korang kena alert lah dan selalu check website ni sebab website simple je, so make sure untuk explore dulu to familiarize yourself with it. Tapi, mesti korang rasa leceh kan nak kena selalu check website ni ennnn~ Jangan risau! Korang boleh download apps nama "moodle". Once dah install, korang kena letak link website ukm folio dekat dalam apps tu, dan korang kena sign in macam biasa guna no. matrik dan password sendiri andddd VOILA! UKM Folio is now easily accessed through the app in your phone 😎