Assalamualaikum semua (:
Untuk topik harini, saya nak beritahu dengan lebih lanjut tentang Program Sarjanamuda Pendidikan Sukan dan Rekreasi di UKM Bangi.
Buat yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang sukan, saya recommend agar program di UKM ini menjadi pilihan yang pertama anda. Kenapa? Sebab, program ini menggabungkan 3 bidang sekaligus iaitu:
Matlamat umum:
Untuk topik harini, saya nak beritahu dengan lebih lanjut tentang Program Sarjanamuda Pendidikan Sukan dan Rekreasi di UKM Bangi.
Buat yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang sukan, saya recommend agar program di UKM ini menjadi pilihan yang pertama anda. Kenapa? Sebab, program ini menggabungkan 3 bidang sekaligus iaitu:
- Bidang Pendidikan
- Bidang Sukan
- Bidang Rekreasi - lebih kepada aktiviti outdoor seperti perkhemahan, flying fox, kayak etc.
Kalau korang mempunyai minat dalam bidang sukan tetapi masih tak tahu korang nak kerja apa, lebih baik ada pilih program ini, sebab program ini meliputi bidang pendidikan dan korang boleh apply kerja untuk menjadi seorang guru. Namun begitu, guru sukan bukanlah satu-satunya pekerjaan yang korang boleh jadi lepas graduate nanti. Banyak lagi sebenarnya cabang untuk bidang sukan ni. Lepas graduate nanti boleh je korang nak jadi instructor, coach dan sebagainya. Maybe kena buat sijil untuk mengiktiraf diri anda sebagai jurulatih yang bertauliah hehe. Okay sudah sudah merepek. Meh jom tengok serba sedikit pasal program ni.
Ketua Program: Dr. Mohd. Radzani Abdul Razak a.k.a Dr. Rad
Tempoh pengajian: 4 Tahun (yeaaass 4 tahun.. kenapa? sebab ada bidang pendidikan. waktu tahun 4 nanti kita belajar kursus pendidikan je)
Matlamat umum:
- Membentuk tenaga manusia (human resource) yang profesional dalam bidang sukan dan rekreasi
- Menyediakan tenaga profesional seperti guru, pensyarah, jurulatih dan pentadbir yang cekap dalam bidang sukan dan rekreasi bagi menjalankan tugas di institusi pengajian, agensi-agensi pendidikan, sektor awam dan sektor swasta.
Minor/Kursus Elektif Progam - boleh pilih salah satu pada Tahun 2:
- Sains Sukan
- Kejurulatihan
Tips untuk pilih minor? Kalau lebih minat ke arah sains, pilih sains sukan. Kalau tak, pilih je kejurulatihan. Usually, Dr. Rad tak recommend pelajar yang takda background dalam sains untuk pilih sains sukan, sebab takut tak boleh carry. TAPI, pelajar yang pilih sains sukan, wajib belajar kursus kejurulatihan jugak. So, sesiapa yang pilih sains sukan nanti kena belajar extra sikit lah. Kebanyakan kursus kejurulatihan ni termasuk permainan padang dan gelanggang. In shaa Allah boleh je nak belajar dua-2 hehe. Tapi kan, kalau korang insist nak ambik sains sukan pun takda halangan. Cuma kena ada effort lah untuk belajar. Nanti sem I korang akan belajar kursus 'Anatomi dan Fisiologi Manusia', kursus ni macam intro kepada sains sukan lah. Kalau korang study leklok dan score time exam, in shaa Allah boleh je nak pilih sains sukan sebagai minor. Nanti saya akan update list struktur kurikulum dan kursus untuk setiap minor hehe.
Comments
Post a Comment