Assalamualaikum semua (: Untuk topik harini, saya nak beritahu dengan lebih lanjut tentang Program Sarjanamuda Pendidikan Sukan dan Rekreasi di UKM Bangi. Buat yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang sukan, saya recommend agar program di UKM ini menjadi pilihan yang pertama anda. Kenapa? Sebab, program ini menggabungkan 3 bidang sekaligus iaitu: Bidang Pendidikan Bidang Sukan Bidang Rekreasi - lebih kepada aktiviti outdoor seperti perkhemahan, flying fox, kayak etc. Kalau korang mempunyai minat dalam bidang sukan tetapi masih tak tahu korang nak kerja apa, lebih baik ada pilih program ini, sebab program ini meliputi bidang pendidikan dan korang boleh apply kerja untuk menjadi seorang guru. Namun begitu, guru sukan bukanlah satu-satunya pekerjaan yang korang boleh jadi lepas graduate nanti. Banyak lagi sebenarnya cabang untuk bidang sukan ni. Lepas graduate nanti boleh je korang nak jadi instructor, coach dan sebagainya. Maybe kena buat sijil untuk mengikti...